22 June 2011

Teknik Penanaman Serai




TANAMAN SERAI

SEPINTAS LALU
Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan.  Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut.  Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.
Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki.  Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai.  Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam.  Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.
Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok.  Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh.  Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan.  Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia.  Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.
Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun.  Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan 'scoop'.  Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting 'secateurs'.  Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman serai dari benih sehingga ke peringkat tuaian.


Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644


No comments:

Post a Comment