PENGENALAN
Nama saintifik: Brassica Sp.
Famili : Cruciferae
Nama tempatan: Sawi hijau/bunga, sawi putih, sawi jepun, sawi pahit.
Famili : Cruciferae
Nama tempatan: Sawi hijau/bunga, sawi putih, sawi jepun, sawi pahit.
Ada beberapa jenis sawi yang tergolong di bawah famili Cruciferae ini. Jenis sawi yang popular ialah sawi hijau, sawi putih, sawi jepun dan sawi pak choy.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
- Sawi hijau / sawi bunga (Brassica campestris sp. parachinensis)Jenis yang paling popuar di kalangan penanam. Ia adalah tanaman semusim, berdaun tegak berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau. Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan air atau hujan.
- Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius)
Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm. Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau. Batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di bahagian daun. Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding dengan sawi hijau.
- Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis)
Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm). Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya juga compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak prominent dan hujung daun bulat.
- Sawi pahit (Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee)
Jenis ini tumbuh cepat dan mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30 cm. Kultivar ini lebih besar dengan daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat jeruk. Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam.
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman sawi dari benih sehingga ke peringkat tuaian.
Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644

No comments:
Post a Comment