UBI KAYU
Nama Botani | : Manihot esculenta |
Famili | : Euphorbiaceae |
Merupakan tanaman jangka pendek. Jenis ubi kayu yang ditanam adalah untuk dimakan ialah Ubi Medan (jenis manis - untuk makanan manusia) dan untuk pengeluaran komersil seperti Black Twig dan C5 (jenis pahit - untuk perusahaan), Perintis dan Klon MM 92. Lain-lain jenis ubi ialah Ubi Batang Hijau, dan jenis manis seperti Ubi Putih, Kekabu, Berat, Betawi, Jurai, Pulut dan Batang Putih.
Varieti:
· Black Twig
Jenis pahit, untuk diproses. Kulit ubi putih perang kemerahan tua, isi putih, hasil 30-40 hektar. Kandungan kanji 28-30%. Tempoh matang 10-14 bulan.
Jenis pahit, untuk diproses. Kulit ubi putih perang kemerahan tua, isi putih, hasil 30-40 hektar. Kandungan kanji 28-30%. Tempoh matang 10-14 bulan.
· C 5
Ubi pahit untuk diproses. Kulit ubi berwarna perang muda. Isi berwarna putih krim. Kandungan kanji 26%. Hasil 30-35 tan/hektar. Tempoh matang 10 bulan.
Ubi pahit untuk diproses. Kulit ubi berwarna perang muda. Isi berwarna putih krim. Kandungan kanji 26%. Hasil 30-35 tan/hektar. Tempoh matang 10 bulan.
· Medan
Ubi jenis manis. Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih, kandungan kanji 28-35%. Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12 bulan.
Ubi jenis manis. Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih, kandungan kanji 28-35%. Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12 bulan.
· CM 982-7
Ubi jenis pahit yang didapati sesuai untuk ditanam di tanah gambut. Hasilnya lebih tinggi daripada Black Twig (40-45 tan/hektar) tetapi kandungan kanji ialah hanya 19%. Kulit ubi berwarna perang muda dan isinya putih krim.

· Klon MM 92Hasil ubi kayu klon ini boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam. Dengan itu penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Klon ini cepat matang, keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan ubi kayu lain seperti Black Twig. Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh diusahakan tanpa pembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali bagi setiap tiga tahun. Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36 tan/ha di tanah gambut dan 40 tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau yang panjang).
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman pokok ubi dari mula sehingga ke peringkat tuaian.
Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644
Harga : RM5.00 Sahaja
Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644
Harga : RM5.00 Sahaja

Saya ingin membeli ebook penanaman ubikayu, juga ingin tahu dimana benih MM92 boleh dibeli. Boleh email say irwawi@yahoo.com atau wasap 0199372628 Tk,wan Azmi Wan Ibrahim.
ReplyDelete