Nama Saintifik Famili Asal Nama Lain | : : : : | Citrullus lunatus Schard Cucurbitaceae Benua Afrika Melikai, Timun Cina atau Semangka |
VARIETI TEMBIKAI
- Black Boy
Bulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL. Baka tulen, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam.
- Sugar Baby
Bulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan 65-75 hari selepas menanam.
- Empire No. 2
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau, kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.
- New Dragon
Bujur panjang. Berat 5.0 kg. Manis buah 24-26% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.
- Cina Dragon
Bujur panjang. Berat 4.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.
- Fengshan No. 1
Bulat. Berat 10%. Manis buah 10% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah terang, tanpa biji. Kematangan antara 65-75 hari selepas menanam.
- Emperor
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau muda kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji. Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam.
- Yellow BabyBulat. Berat 3.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang. Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam
- Crimson Sweet
Bulat. Berat 6.5 kg. Kemanisan10.8% JPL. Jenis baka tulen kulit berbelang hijau tua, isi merah dan berbiji. Tempoh kematangan 78-88 hari selepas menanam.
- Flower Dragon
Bujur bulat. Berat 4.0 kg. Kemanisan 10% JPL. Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh kematangan 55-65 hari selepas menanam.
- Super Dragon
Bujur panjang. Berat 4.00 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan muda, isi merah dan berbiji. Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam.
Nota : JPL = Jumlah Pepejal Larut.
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman pokok tembikai dari benih sehingga ke peringkat tuaian.
Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644
Harga : RM5.00 Sahaja
Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644
Harga : RM5.00 Sahaja

No comments:
Post a Comment