Nama Saintifik Nama Biasa Famili | : Mangifera indica Linn. : Mangga atau mempelam : Anacardiaceae |
· MA 223Berasal dari Thailand. Dikenali dengan nama 'Nam Doc Mai'. Mangga ini sangat sesuai ditanam di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Buah berbentuk bujur dan membengkok sedikit di bahagian hujung. Saiz buah sederhana besar dan purata berat buah adalah diantara 400-450 gm sebiji. Kulit buah masak berwarna kuning emas dan isinya berwarna kuning. Rasanya manis, berbau harum, berjus dan bersabut sedikit. Klon ini didaftar pada 19 Oktober, 1990."
· MA 204Berasal dari Kodiang, Kedah. Popular dengan nama 'Melele' dan telah didaftar pada 13 November, 1978, saiz buah sederhana, berbentuk bulat membujur dan mempunyai puting yang nyata di bahagian tangkai buah. Kulit buah berwarna hijau kekuningan. Isinya berwarna kuning, berjus dan beraroma, isinya bersabut sedikit.
· MA 200
Dikenali dengan nama Malgoa. Mempunyai buah yang besar dan berbentuk bulat seperti jantung. Kulitnya lembut dan berwarna hijau, kekuningan bila masak. Isinya berwarna kuning tua, tebal dan tidak bersabut. Rasanya manis bila masa di pokok dan baunya sedap. Buahnya masak tidak serata dan eloklah dipetik hanya ketika telah betul-betul masak. Jenis ini boleh ditanam dan berbunga di merata tempat dan tidak bermusim. Pada keseluruhannya jenis ini tidak begitu sesuai ditanam secara berleluasa kerana masalah buah yang tidak masak serata dan hanya disyorkan ditanam di halaman rumah.

· MA 194
Dikenali dengan nama Apple Manggo, Rumani. Mempunyai buah yang kecil hingga sederhana besar dan berbentuk bulat seperti epal. Kulitnya lembut dan berwarna kuning kehijauan dan kadang-kadang kemerahan sedikit. Isinya berwarna oren hingga kemerahan, tebal, halus dan tidak bersabut langsung. Rasanya manis dan berbau sedap. Buahnya mestilah dipetik apabila telah cukup masak sebab jika dipetik sebelum cukup tua, buahnya akan terasa masam. Jenis ini didapati boleh ditanam dan berbunga di merata tempat di negara ini dan tidak begitu bermusim. Sesuai ditanam di halaman rumah kerana cepat dan selalu berbuah.

· MA 165Berasal dari Negeri Kelantan. Dikenali dengan nama MAHA 65. Didaftarkan pada 28 Januari 1972. Buah bersaiz besar (450-600 gm sebiji), berbentuk panjang dan leper. Kulit buah berwarna hijau kekuningan bila masak. Isinya berwarna kuning muda, tebal tanpa sabut, tekstur isinya halus, rasa yang manis dan tidak beraroma. Pengeluaran buah adalah tinggi tetapi mudah merekah sebelum matang.
· MA 162Berasal dari Port Dickson. Dikenali dengan nama 'Foo Fatt' atau 'Golek'. Didaftarkan pada 28 Januari, 1972. Buah bersaiz sederhana besar dan purata berat buah ialah 500 gm sebiji. Buah berbentuk bulat memanjang dan bengkok di hujung. Kulit buah berwarna hijau kekuningan apabila masak. Isinya tebal, berwarna oren, bertekstur halus dan rasanya manis tetapi tidak beraroma.
· MA131Mula dikenali di Kedah dan dipanggil Mangga Haji Dollah. Telah didaftar dibawah klon Nombor MA 131 pada 28 Jun 1971. Juga ditanam di pekan Terong, Perak (4 ha. di Kg. Sungai Hantu dan 1 ha. di Kg. Sungai Kerang) dan diikenali dengan nama tempatanMangga Nangka Udang dan juga Nangka Betik. Buah bersaiz besar dengan ukuran panjang 26 cm dan lebar 12 cm. Bentuknya memanjang serta membuat sedikit di bahagian pangkal hujung buah. Berat purata sebiji boleh mencapai hingga 2 kg. Kulitnya sederhana tebal dan berwarna hijau kekuningan pada peringkat matang dan berwarna kuning kehijauan bila masak. Isinya tebal, halus dan berwarna kuning kemerahan setelah masak. Isinya masam-masam manis dan beraroma sedikit.
Pokok penanti adalah jenis tradisional seperti mempelam telur yang berumur lebih 20 tahun. Klon nangka udang yang dicantum adalah daripada Negeri Kedah. Oleh kerana saiz buah adalah besar dan berat (1.8-2.3 sebiji) serta harga runcit pada RM5.00-RM8.00 / kg. maka buah ini mempunyai pasaran tertentu sahaja (niche market).

· MA 130
Nama lain Kuala Selangor, Betek Cendroh Gajah. Mempunyai buah yang sederhana hingga besar dan berbentuk bulat bujur dan kembong di tengahnya. Kulitnya berwarna hijau kekuningan bila masak. Isinya berwarna oren kemerahan, tebal dan manis dan sedikit bersabut. Baunya kurang memuaskan dan mutunya dianggap sederhana sahaja. Hasilnya tinggi dan sentiasa berbuah setiap musim. Jenis ini didapati boleh ditanam dan berbunga di merata tempat di negara ini.

· MA 128Klon berasal dari Sungai Nibong, Kuala Selangor. Popular dengan gelaran Harumanis. Telah didaftarkan pada 28 Mei 1971. Buahnya sederhana besar dengan berat diantara 400-450 gm sebuah. Bentuk buah adalah bujur dan bengkok sedikit di bahagian hujung. Kulit buah berwarna hijau walaupun telah masak. Isinya tebal, berwarna oren, berjus, tekstur isinya halus, mempunyai bau yang harum dan rasanya manis.
· MA 123Mempunyai buah yang sederhana besar dan berbentuk bulat dan bulat bujur. Warna kulitnya hijau bila masak. Isinya berwarna oren, tebal, manis dan berair. Mutunya sederhana dan baunya tidak begitu enak. Hasilnya baik, lebih kurang 40 biji sepokok semukim dari pokok yang berumur 5 tahun. Pada keseluruhannya jenis ini sesuai ditanam secara berleluasa atau di halaman rumah.
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman mangga dari benih sehingga ke peringkat tuaian.
Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644
Harga : RM5.00 Sahaja
Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644
Harga : RM5.00 Sahaja

No comments:
Post a Comment