DUKU LANGSAT
Duku-langsat ialah hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Di Malaysia, pokok ini hanya tumbuh di beberapa kawasan di Terengganu terutama sekali di tebing-tebing Sungai Terengganu dan Sungai Telemong dalam daerah Kuala Terengganu. Pokok-pokok yang ada merupakan warisan dan generasi yang terdahulu sejak seratus tahun yang lalu.
Rupa bentuk dan warnanya sama seperti langsat, cuma kulitnya tebal sedikit, tidak bergetah dan rasanya manis. Di Terengganu, buah ini dikenali sebagai 'duku' tetapi ini tidaklah tepat.
JenisOleh kerana duku-langsat membiak melalui biji benih, maka terdapat berbagai-bagai perbezaan daripada segi bentuk, jenis dan beberapa ciri yang lain. Walau bagaimanapun, jenis-jenis duku-langsat ini mempunyai ciri-ciri yang agak sama dan rasanya manis. Kelon-kelon yang telah didaftar oleh Jabatan Pertanian ialah Du1, Du2, Du3, Du4 dan Du5.
IklimDuku-langsat memerlukan iklim tropika iaitu panas dan lembab di sepanjang tahun. Ia tahan pada cuaca kering dan musim hujan yang biasa berlaku di Terengganu.
TanahPokok ini tumbuh dengan subur di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Duku-langsat sesuai ditanam di tanah yang berpasir, mempunyai saliran yang baik dan berkeadaan lembab. Pertumbuhannya kurang subur di tanah yang menakung air dan mempunyai paras air yang tinggi.

No comments:
Post a Comment