25 June 2011

Teknik Penanaman Tomato


Teknik Penanaman Tomato

PENGENALAN
Nama saintifik  :  Lycopersicon cycopersicum (L)
Keluarga         :  Sonanaceae
 Tomato
Buah tomato segar banyak digunakan dalam masakan samada dalambentuk mentah ataupun dimasak.  Buah-buah tomato juga diproses untuk pengetinan, dibuat jus, puri dan sos.  Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada tomato ialah kalsium, karbohidrat dan protin.  Lain-lain komposisi zat makanan yang terdapat padanya ialah lemak, serat, zat besi, fosforus, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, niacin dan vitamin C.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak dan yang tumbuh menjalar. 

Ciri-ciri pokok adalah seperti berikut:- 
Akar
Batang
Daun
Bunga
Buah
Benih
Cara pendebungaan
-
-
-
-
-
-
-


akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut
warna hijau, bercabang dan berbuku
berbulu dan terdapat banyak berbezaan bentuk
berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm
banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/100 biji
swasendi


Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman tomato dari benih sehingga ke peringkat tuaian.


Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644


Harga : RM5.00 Sahaja




Teknik Penanaman Bawang


Teknik Penanaman Bawang



PENANAMAN
  • Menyedia Batas
    Di tanah gambut dan gambut halus (muck) yang tidak bertakung air; bawang ditanam di tanah rata tanpa batas.  Bagi tanah-tanah lain dan di kawasan-kawasan air senang bertakung, batas disediakan setinggi 20-30 cm (8-12 inci) dan 91-122 cm (36-48 inci) lebar.  
    Jarak antara batas selalunya 66-91 cm (26-36 inci) dan panjang batas bergantung kepada petani sendiri.
     
  • Menyedia Benih
    Bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain (Thailand, Filipina dan Cina) dari segi pertumbuhan, ketahanan terhadap gejala 'White Tip' (iaitu kekeringan bahagian hujung daun) dan penghasilan bawang.  Saiz bebawang yang digunakan semasa menanam tidak memberikan kesan yang bererti ke atas jumlah hasil.  Bagi jenis berlabu panjang rencong memerlukan sebanyak 1210 kg untuk sehektar (8 pikul seekar) manaka jenis bulat pendek, kadar benih yang diperlukan untuk sehektar ialah sebanyak 1512 kg (10 pikul seekar).  Untuk mendapatkan hasil yang baik, benih hendaklah dipilih dari labu yang matang, tidak berpenyakit dan telah dikeringkan sekurang-kurangnya 6 minggu selepas dituai.
     
  • Menanam
    Labu-labu bawang untuk dijadikan benih didebu atau dicelup di dalam racun cendawan sebelum menanam.  Benih ditanam dengan menimbus 1/3 bahagian dari labu benih dengan tanah dan meninggalkan 2/3 bahagian lagi di permukaan tanah.  Jarak tanaman yang diguna ialah 13 x 13 cm (5 x 5 inci).

    Amalan memotong di bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam tidak menunjukkan kesan dalam mempercepatkan percambahan, sebaliknya cara ini akan menggalakkan jangkitan penyakit seperti jangkitan Fusarium.  Dengan itu amalan memotong bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam adalah tidak digalakkan.
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman bawang dari benih sehingga ke peringkat tuaian.


Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644


Harga : RM5.00 Sahaja

Teknik Penanaman Timun


Teknik Penanaman Timun

Pengenalan:
Timun boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah.  Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat.  Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.
Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu.  Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman timun dari benih sehingga ke peringkat tuaian.



Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644


Harga : RM5.00 Sahaja

Teknik Penanaman Bendi


Teknik Serta Kaedah Penanaman Bendi

Pendahuluan
Salah satu jenis sayuran berbuah yang kaya dengan bahan protin  dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir.  Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak.  Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng.  Buahnya juga  diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam.  Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato.  Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

Khasiat Makanan:
  • Buahnya yang muda boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran, yang boleh dimakan mentah, digoreng, dimasak sebagai sop atau dijadikan sos.  Ia juga boleh dikeringkan atau dibuat acar.
     
  • Bijinya boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kopi.
     
  • Daun mudanya boleh dimakan oleh manusia atau dijadikan sebagai makanan haiwan.
     
  • Buahnya amat baik untuk membantu menguatkan otak, iaitu bagi menambah daya ingatan dan kecerdasan
     
  • Biji, akar dan bunganya sekiranya direbus dapat melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang dan mengurangkan masalah susah bersalin.
     
  • Air rebusan biji, akar dan bunga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.  Jika air rebusan itu dicampur dengan gula boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong.
     
  • Lendir buah bendi boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.
Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman pokok bendi dari benih sehingga ke peringkat tuaian.


Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644


Harga : RM5.00 Sahaja

Teknik Penanaman Asparagus

Teknik Penanaman Asparagus


MENANAM ASPARAGUS DI TANAH RENDAH
Nama Saintifik
Famili
:   Asparagus officinalis L.
:   Asparagaceae

 PENDAHULUAN:
Asparagus (Asparagus Officinalis) ialah sejenis tanaman sayuran jangka panjang yang berasal dari kawasan Timur Mediterranean.  Kini asparagus banyak ditanam di negara-negara lain termasuk di kawasan tropika.  Di kawasan hawa sederhana, sayuran ini tidak mengeluarkan sulur di musim sejuk, tetapi sebaliknya sulur akan keluar di musim bunga dan musim gugur.  Sulur inilah dipungut sebagai sayuran.  Di Malaysia didapati tanaman asparagus mengeluarkan sulur di sepanjang tahun.  Sulur-sulur yang tidak dipungut akan membesar dan mengeluarkan daun.

KANDUNGAN ZAT PEMAKANAN
Asparagus mempunyai nilai pemakanan yang agak tinggi kerana ia banyak mengandungi vitamin (Vitamin A, B1, B2 dan C) dan zat-zat galian (Kalsium dan besi).  Aspargagus segar mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus protin, gula dan selulosa.

KEADAAN POKOK
Pokok asparagus tumbuh menegak sehingga lebih kurang 2 meter tinggi dan bercabang-cabang.  Daunnya halus seperti jarum, keluar dari bahagian bukunya.   Bilangan daun di setiap buku ialah di antara 5 hingga 12 tangkai.  Kebanyakan akar tersebar 30 cm di bawah paras tanah.  Pucuk pada rizom akan tumbuh menjadi sulur dan keluar di permukaan tanah.  Pada pokok matang, sulur boleh dipungut 3 hingga 5 hari selepas keluar dari tanah.

JENIS-JENIS ASPARAGUS
Jenis asparagus yang sesuai dan berpotensi ditanam di tanah rendah ialah Mary Washington, Califonia 309 dan UC 157.   Bagaimanapun hasil penyelidikan mendapati jenis Mary Washington senang diserang penyakit.
 Di dalam e-book ini, anda akan diberi tunjuk ajar secara terperinci untuk penanaman Asparagus dari benih sehingga ke peringkat tuaian.


Jika berminat untuk mendapatkan senaskah e-book ini,sila email kepada kami DISINI atau anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-8830644


Harga : RM5.00 Sahaja